KESEHATAN, KABEREH NEWS -- Ramai orang takut lapar. Bila perut bunyi, kita anggap itu masalah.
Hakikatnya, bila kita menahan lapar dengan cara yang betul, tubuh sedang melakukan kerja penting untuk menyembuhkan dirinya.
Dalam sains, proses ini dipanggil autophagy iaitu keadaan di mana tubuh “makan” sel rosak, sel lama yang tak berfungsi supaya tubuh boleh bina sel yang lebih sihat.
Proses ini dibuktikan oleh Dr. Yoshinori Ohsumi, saintis Jepang yang memenangi Hadiah Nobel Perubatan 2016.
Apa Yang Berlaku Dalam Badan Kita Bila Puasa?
• Lepas 12 jam tak makan
Paras insulin mula turun dan badan mula guna lemak sebagai tenaga.
• Sekitar 16 jam dan ke atas
Autophagy mula aktif. Sel rosak dibersihkan, toksin dibuang, ‘sampah sel’ dilupuskan.
Sebab itu ramai orang perasan, bila puasa diamalkan dengan betul:
▪️ badan rasa lebih ringan
▪️ sakit-sakit sendi berkurang
▪️ mudah fokus
▪️ kurang cepat penat
Ini bukan kebetulan. Inilah cara tubuh reset secara semula jadi.
Cara Aktifkan Autophagy Dengan Selamat
Tak perlu ekstrem.
1️⃣ Cuba puasa 16:8
Puasa 16 jam, makan dalam 8 jam.
2️⃣ Puasa lebih panjang (24–48 jam)
Sekali-sekala sahaja dan dengan nasihat doktor.
3️⃣ Minum air secukupnya
Jangan tunggu haus, elakkan minuman manis.
4️⃣ Jaga gaya hidup
Senaman ringan, kurangkan gula dan karbohidrat, ambil makanan tinggi antioksidan seperti Hydroxytyrosol.
5️⃣ Dengar badan sendiri
Jika pening atau terlalu lemah, berhenti.
Lapar bukan penyeksaan. Lapar beri peluang tubuh bersihkan yang rosak.
Dan indahnya, amalan ini bukan perkara baru.
Rasulullah ï·º sendiri memilih untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.
Baginda bersabda:
“Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” (HR Tirmizi, Hadis Hasan Gharib)
Satu ibadah. Satu disiplin hidup. Satu cara menjaga kesihatan yang selari dengan fitrah manusia.
Ketika tubuh sedang membaiki diri melalui puasa, nutrisi tayyib seperti Hydroxytyrosol dalam Olivie Plus 30x membantu melindungi sel sihat daripada stres oksidatif dan radikal bebas.
Puasa itu usaha. Nutrisi itu sokongan.
Buat perlahan-lahan. Konsisten lebih penting daripada ekstrem. (")
Posting Komentar