Di dalam sembahyang ada bacaan bacaan yang wajib, seperti bacaan Surah al Fatihah dan Tahiyat akhir. Jika bacaan itu salah huruf atau tertinggal huruf maka solat terbatal, walaupun tidak sengaja. Namun jika dalam solat berjemaah, perbuatan tidak sengaja itu, akan ditanggung oleh Imam.
Selain itu, sembahyang yang hanya sendiri itu akan dapat 1 hingga 10 pahala sahaja, dibandingkan dengan pahala solat berjemaah, yang mana pahalanya akan dapat 25 dan pahala yang jauh lebih banyak lagi jika kita sembahyang di masjid.
Bayangkan solat sendiri kita banyak yang kurang sempurna bacaannya. Makhraj hurufnya silap. Sebutannya salah, hingga jadi makna lain. Terlupa perkataan. Tidak faham makna. Mengingat perkara-perkara lain dalam sembahyang. Terlupa rakaat. Pergerakan kurang betul. Cara berdiri, cara rokok, cara duduk, cara sujud. Bahkan setiap bacaan, setiap pergerakan dan setiap saat dalam solat kita perlukan perhatian.
Maka berapakah tinggal pahala dari solat kita dengan kecacatan dan kekurangan yang selalu ada dalam solat kita? Sedangkan solat tiang agama. Dan tiang yang senget atau cacat tidak dapat mendirikan agama yang kokoh, apalagi yang besar dan tinggi.
Kerana dengan solat sendiri, mungkin tiang yang hanya dapat tegakkan dan sempurnakan hanya dua atau tiga tiang sahaja.
Maka bagaimanakah tiang yang hanya ada 2 atau 3 batang saja yang sempurna dan kukuh akan dapat menegakkan sebuah rumah?
Sedangkan sebuah rumah yang kecil saja, tiang yang perlu tegak dan kuat sekurang-kurangnya ada 6 batang ke 10 batang tiang.
Cuba bayangkan kalau kita solat berjemaah. Apa lagi di masjid. Setiap pahala digandakan 10. Maka dapat 250. Jadi dari pahala yang kita dapat dari 250 itu, tiang yang tinggal dengan kekurangan kita in Sya Allah boleh menampung agama di atasnya.
Maka saudara marilah kita solat berjamaah senantiasa. Semoga dengan solat itu, agama kita akan dapat ditegakkan.
Kerana jika kita mahu membina bangunan ugama yang tinggi dan besar dan kukuh, maka tiang tiangnya perlu kuat, besar dan banyak yang in Sya Allah tidak boleh digugat oleh tsunami maupun sebarang serangan musuh.
Oleh itu jawabannya tidak lain, kita perlu terlebih dulu menyeru semua umat Islam agar menegakkan tiang ugama mereka semua setiap masa walau di manapun mereka berada.(Redaksi1)
Posting Komentar