Air mata Ronaldo Pecah, iringi Kekalahan Portugal Vs Maroko

Ronaldo dilihat menangis dan mengesat air mata semasa berjalan ke bilik persalinan. -Agensi

KABEREH NEWS | AIR mata Cristiano Ronaldo akhirnya gugur di bumi Qatar selepas cabaran Portugal dan impian Piala Dunianya terhenti berikutan kekalahan 0-1 kepada Maghribi dalam suku akhir Qatar 2022 di Stadium Al Thumama pada Sabtu.

Pemain berusia 37 tahun itu segera ke bilik persalinan apabila wisel penamat ditiupkan yang menyaksikan kejutan Atlas Lions ke atas Selecao dalam perlawanan suku akhir yang mendebarkan.

Ronaldo dilihat menangis dan mengesat air mata semasa berjalan ke bilik persalinan sambil diiringi seorang kakitangan Portugal FA.

Qatar 2022 berkemungkinan penampilan terakhir penyerang legenda Manchester United itu dalam kejuaraan terbesar bola sepak dunia, di mana menyaksikan dia ditinggalkan di bangku simpanan pengendali Fernando Santos dalam dua perlawanan terakhir.


Ketika Portugal menyelusuri penghujung babak kedua, sentuhan Ronaldo juga hampir meledak gol penyamaan apabila hantaran lintang diterjemahkan tandukan Pepe yang meleret jauh.

Kemenangan Maghribi menyaksikan wakil Afrika itu akan menentang penyandang juara Perancis untuk perebutan tempat ke perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022.

Ronaldo pula masih dalam pencarian kelab baharu selepas meninggalkan Manchester United atas persetujuan bersama sebelum ini.

Sementara itu, legenda Portugal, Luis Figo berkata: "Anda tidak boleh memenangi Piala Dunia dengan meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan. Menang menentang Switzerland? Cemerlang! Tetapi bolehkah anda melakukannya dalam setiap perlawanan? Tidak.

"Meninggalkan CR7 di bangku simpanan adalah satu kesilapan, kekalahan ini adalah tanggungjawab pengurusan dan pengurus." 


Sumber -Sinar Harian/Agensi

Posting Komentar

0 Komentar
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.